Kursus Generik Zon Sabah (Tawau): iGFMAS: Modul HCM (Human Capital Management) yang dihadiri oleh 20 orang penjawat awam dari PTJ Daerah Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Kunak. Kursus ini telah berlangsung selama 3 hari bermula 22 Julai 2025 hingga 24 Julai 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat JANM Tawau. Objektif kursus ini adalah bagi memberi pendedahan kepada peserta berkenaan fungsi-fungsi Sistem iGFMAS berkaitan Pengurusan Gaji. Selain itu kursus ini meningkatkan pengetahuan dan kefahaman dalam penggunaan Modul Pengurusan Gaji di Sistem iGFMAS kepada semua peserta yang terlibat secara langsung dalam tugas pengurusan gaji di jabatan masing-masing.



