Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) Negeri Sabah telah melaksanakan program Inspektorat Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan (IAKKP) ke atas Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Tawau pada 16 sehingga 17 Julai 2025 (Rabu dan Khamis) untuk membantu meningkatkan dan memantapkan aspek Keselamatan Fizikal, Keselamatan Rahsia Rasmi, Keselamatan Rahsia Rasmi Dalam Persekitaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Keselamatan Peribadi dan Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP) serta khidmat nasihat yang berkaitan kepada agensi Kerajaan.



