Kursus Generik Zon Sabah (Tawau) Kursus iGFMAS: Modul AA (Asset Accounting) yang dihadiri oleh 19 orang penjawat awam dari PTJ Daerah Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Kunak. Kursus ini telah berlangsung selama 3 hari bermula pada 17 Jun 2025 hingga 19 Jun 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat JANM Tawau. Objektif kursus ini adalah bagi memberi pendedahan kepada fungsi-fungsi Sistem iGFMAS berkaitan Pengurusan Aset. Selain itu, meningkatkan pengetahuan dan kefahaman penggunaan Modul Perakaunan Aset di Sistem iGFMAS kepada peserta dalam melaksanakan tugasan pengurusan aset di jabatan masing-masing.