Unit Naziran, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Tawau telah melaksanakan Exit Meeting bagi Naziran Pematuhan Perakaunan Akruan – Skop Belanja pada 16 Jun 2025 (Isnin), bertempat di Bilik Mesyuarat JANM Cawangan Tawau.
Sesi ini telah dihadiri oleh Pengarah JANM Cawangan Tawau, En. Nizam bin Limun bersama dua (2) orang pegawai dari Unit Naziran. Pihak Jabatan Penjara Tawau pula diwakili oleh Pengarah, Penolong Komisioner Kanan En. Hasrul Anwar bin Hasim, bersama tujuh (7) orang pegawai lain.
Perbincangan sepanjang sesi telah berjalan lancar dan konstruktif. Segala teguran serta syor penambahbaikan hasil dapatan naziran telah dibentangkan oleh pihak JANM dan diterima dengan baik oleh pihak Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang hadir.
JANM Cawangan Tawau merakamkan penghargaan atas kerjasama yang diberikan dan berharap agar penambahbaikan yang dicadangkan dapat dilaksanakan demi memperkukuh tadbir urus pengurusan kewangan serta pematuhan ke atas perakaunan akruan. Semoga sinergi di antara kedua-dua pihak akan terus terjalin dengan baik bagi pelaksanaan program-program pada masa hadapan.