Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Tawau telah melaksanakan Program Intervensi: Akauntabiliti Pengurusan Kewangan bertempat di SMK Wakuba Tawau pada 17 Jun 2025 (Selasa). Program ini merupakan inisiatif pihak JANM Cawangan Tawau dalam memperkukuhkan kawalan pengurusan kewangan dan akaun di PTJ, khususnya di sekolah-sekolah di daerah Tawau.
Pelaksanaan program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap akauntabiliti dan integriti dalam pengurusan kewangan di peringkat sekolah, di samping memberi pencerahan mengenai pematuhan tatacara kewangan kerajaan. Selain itu, pegawai yang terlibat turut didedahkan kepada pelaksanaan perakaunan akruan, konsep audit dalaman dan kawalan dalaman, serta aspek tadbir urus kewangan secara menyeluruh dan berkesan.
JANM Cawangan Tawau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pentadbiran dan warga SMK Wakuba atas kerjasama yang amat baik sepanjang penganjuran program ini. Semoga hubungan kerjasama strategik yang terjalin ini akan terus diperkukuh dalam usaha bersama untuk mempertingkat tadbir urus kewangan yang lebih berintegriti, telus dan berakauntabiliti tinggi di peringkat institusi pendidikan.