JANM Caw. Tawau telah menerima lawatan dari Ketua Akauntan KPM Puan Norizan binti Mohd Yunos C.A(M) sempena Program Pemantapan Perakaunan Pusat Tanggungjawab Kementerian Pendidikan Malaysia Siri 6 Tahun 2025 - Zon Sabah yang diadakan di Pejabat Pendidikan Daerah Tawau pada 12 Jun 2025. Pada program tersebut, JANM Caw. Tawau yang diwakili oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah (Operasi) JANM Caw. Tawau turut hadir bagi bersama-sama membincangkan dan memberi pandangan terhadap isu-isu yang dibangkitkan pada program tersebut. Program ini secara tidak langsung dapat memberi peluang dan ruang kepada PTJ untuk mengutarakan sebarang isu-isu semasa bersama Ketua Akauntan dan JANM.