Unit Naziran dan Unit Perakaunan Aset, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Tawau telah melaksanakan Exit Meeting bagi Naziran Pematuhan Perakaunan Akruan Skop Belanja dan Aset pada 4 Jun 2025 (Selasa), bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau.
Mesyuarat ini telah berlangsung dengan lancar dan penuh kerjasama. Wakil JANM Caw. Tawau yang hadir ialah En. Nizam bin Limun (Pengarah), Puan Siti Nabilah binti Mohd Nasir (Timbalan Pengarah Pemantauan), Puan Salmah binti Longi (Ketua Unit Perakaunan Aset), Puan Norjia binti Daim (Ketua Unit Naziran) serta Puan Norazlina binti Abd Rahim dan Puan Norhayati binti Abdu Rahman. Turut hadir dalam sesi Exit Meeting Naziran ialah Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau, Dr. Shameer Khan bin Sulaiman, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Dr. Srinivasan A/L Subramaniam serta 11 pegawai Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau.
Diharapkan jalinan kerjasama erat antara JANM Caw. Tawau dan Pusat Tanggungjawab (PTJ) ini akan terus diperkukuh pada masa hadapan. Semoga PTJ terus komited dalam penambahbaikan berterusan ke arah menjadi sebuah PTJ yang cemerlang dan berintegriti selaras dengan pengurusan kewangan dan perakaunan akruan yang berkesan.