Program MADANI Rakyat: Bersama-sama Ketua Setiausaha Negara telah diadakan pada 11 Mei 2025 (Ahad) bertempat di Dewan Masyarakat Tawau. Pengarah bersama 4 pegawai JANM Cawangan Tawau turut menyertai program tersebut sebagai wadah strategik untuk bertemu kepimpinan tertinggi perkhidmatan awam selain bersama-sama penjawat awam di lapangan terutamanya penjawat awam yang berkhidmat di Daerah Tawau. Selain itu, inisiatif ini juga bertujuan untuk memperkukuhkan kesepaduan, menyemarakkan semangat kebersamaan serta mempereratkan kolaborasi dalam kalangan penjawat awam demi menjayakan aspirasi perkhidmatan awam yang berintegriti, cekap dan berpaksikan nilai MADANI.