Perjumpaan Pengarah Bersama Pegawai Perakaunan Lantikan JANM dibawah Seliaan JANM Cawangan Tawau Tahun 2025 telah diadakan pada 16 April 2024 (Rabu) bertempat di Bilik Mesyuarat Gunasama Wisma Persekutuan Tawau. Sesi perjumpaan ini telah dihadiri oleh seramai 70 orang pegawai perakaunan lantikan JANM yang melaksanakan dan menguruskan tugas perakaunan dan kewangan di Pejabat Perakaunan dan Pusat Tanggunjawab (PTJ) di daerah Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu. Objektif perjumpaan ini diadakan adalah untuk menyampaikan Amanat Akauntan Negara Malaysia berkenaan Amalan Berintegriti di tempat kerja,Tips Keseronokan Dalam Bekerja dan Pusingan Kerja: Masa Hadapan Yang Lebih Cerah. Sesi Pembentangan JANM telah disampaikan oleh En. Muhammad Aiman bin Omar berkaitan dengan Pengurusan dan Pengoperasian JANM Tawau. Seterusnya, Perkongsian BERKAT yang turut sama disampaikan oleh Puan Salmah binti Longi, Jawatankuasa Kecil JANM Tawau. Program perjumpaan secara interaktif ini merupakan salah satu rutin aktiviti tahunan jabatan.