Kursus Generik Zon Sabah (Tawau): Pengurusan Perakaunan Panjar yang dihadiri oleh 31 orang penjawat awam dari PTJ Daerah Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Kunak. Kursus ini juga turut disertai oleh PTJ luar dari seliaan JANM Cawangan Tawau seperti daerah Kota Kinabalu yang telah berlangsung selama 3 hari bermula 25 Februari 2025 hingga 27 Februari 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat JANM Tawau. Objektif kursus ini adalah bagi memberi pendedahan kepada peserta berkenaan Tatacara Pengurusan Perakaunan Panjar. Selain itu kursus ini meningkatkan pengetahuan dan kefahaman dalam mengendalikan Pengurusan Perakaunan Panjar melalui sistem iGFMAS kepada semua peserta yang terlibat secara langsung dalam tugas perakaunan panjar di jabatan masing-masing.