Sesi X-Break II - JANM Cawangan Tawau: Meningkatkan Kesedaran tentang Kesihatan di Kalangan Warga JANM Cawangan Tawau
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Tawau telah melaksanakan sesi X-Break II yang telah dijalankan pada setiap hari Isnin dan Rabu, bermula jam 10 pagi. Sesi X-Break II ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada lima kumpulan peserta yang terdiri daripada warga JANM Cawangan Tawau.
Sesi X-Break II ini diadakan bersempena dengan inisiatif Agenda Nasional Malaysia Sihat yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kepentingan kesihatan di Penjawat Awam. Melalui aktiviti ini, warga JANM Cawangan Tawau diberi peluang untuk mengambil sedikit masa dari rutin harian bekerja bagi menjalani sesi senaman ringan yang dapat membantu mengurangkan stres dan meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan mental.
Sebagai sebahagian daripada komitmen JANM untuk menyokong gaya hidup sihat, sesi X-Break II turut memperkenalkan pelbagai jenis aktiviti senaman yang mudah diikuti dan sesuai untuk semua warga. Setiap Warga JANM Cawangan Tawau berpeluang menjalani aktiviti tersebut dengan penuh semangat, sambil memupuk semangat kerjasama dan kekitaan.
Pelaksanaan sesi X-Break II ini dijangka akan diteruskan pada masa akan datang bagi memastikan objektif Agenda Nasional Malaysia Sihat tercapai dan memberi manfaat kepada semua warga JANM Cawangan Tawau.