JANM Cawangan Tawau telah menghantar 6 atlet bagi mewakili Pasukan Wisma Persekutuan Tawau dalam KOJAJ Daerah Tawau Edisi Ke 3/2024 yang telah berlangsung selama 6 hari bermula 2 hingga 7 Disember 2024.
Pada Sesi Majlis Pembukaan dan Perasmian Karnival Sukan Olahraga Jemputan Antara Jabatan (KOJAJ) yang telah disempurnakan oleh Y.Berbahagia Tuan Masly bin Ansilau @ Masly bin Wahip selaku Pengerusi Lembaga Sukan Sabah pada 5 Disember 2024, Kontinjen Wisma Persekutuan yang diketuai oleh En Nizam bin Limun selaku Ketua Kontinjen Pasukan Wisma Persekutuan Tawau telah melakukan perarakan masuk perbarisan. Sebanyak 14 jabatan telah mengambil bahagian pada Sukan KOJAJ Edisi 3/2024 kali ini.
Dalam acara sukan, JANM Tawau telah menghantar wakil berikut bagi mewakili Wisma Persekutuan Tawau :-
1. Encik Muhammad Aiman bin Omar – Pickleball Beregu Lelaki, 100M Kategori VIP
2. Cik Siti Nabilah binti Mohd Nasir – 400M Kategori Wanita B, 4x400M Kategori Wanita Terbuka
3. Encik Fuadhasan Adisuryo bin Achmad Rofiie – 100M Kategori Lelaki C, 800M Kategori Lelaki C dan 4X400 Kategori Lelaki Terbuka.
4. Puan Norazlina binti Abd Rahim – 800M Kategori Wanita C, 1500M Kategori Wanita C, 4X400 Kategori Wanita Terbuka
5. Puan Hasmidar binti Sanudin – Pickleball Beregu Wanita.
6. Puan Norma binti Syarifuddin – Pickleball Beregu Wanita.
Atlet JANM Cawangan Tawau telah berjaya menyumbangkan pingat kepada pasukan Wisma Persekutuan Tawau iaitu 2 Emas oleh Puan Norazlina binti Abd Rahim dalam acara 800M Kategori Wanita C dan 1500M Kategori Wanita C manakala Encik Fuadhasan menyumbangkan 1 Gangsa dalam acara 800M Kategori Lelaki C.
Secara Keseluruhannya, pasukan Wisma Persekutuan Tawau telah menduduki tempat ke enam (6) daripada 14 pasukan yang bertanding dengan mengumpul pingat 3 Emas, 6 Perak dan 5 Gangsa.