Taklimat Penutupan Akaun Kerajaan Persekutuan Tahun 2024 (PAT 2024) JANM Cawangan Tawau yang telah dilaksanakan pada 25 November 2024 bertempat di Dewan Datu Amir Bek IPG Kampus Tawau. Taklimat ini telah dihadiri seramai 202 orang pegawai dari 121 Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan Pejabat Pemungut (PP) dibawah seliaan JANM Cawangan Tawau. Taklimat ini memberi penerangan berkenaan Tarikh Akhir Bayaran bagi Perbelanjaan Mengurus (OE) dan Perbelanjaan Pembangunan (DE) tahun 2024 adalah pada 6 Disember 2024 atau tarikh akhir yang dimaklumkan dari semasa ke semasa. Pihak JANM Tawau juga telah menjemput Puan Nur Alina binti Muhammad Abduh, Pegawai ePerolehan bagi memberi penerangan Tatacara ePerolehan Penutupan Akaun Tahun 2024.