Program PSA Taklimat Kerjaya & Scammer Dan Kaunter Semakan WTD di Semporna yang telah dilaksanakan pada 12 Oktober 2024 bertempat di Dewan Tuanku Syed Faizzuddin Putra, SMK Datuk Haji Panglima Jakarullah, Semporna. Program ini telah dihadiri oleh pelajar perkaunan dan guru pengiring dari 5 buah sekolah menengah sekitar Daerah Semporna iaitu SMK Bugaya, SMK Kabogan, SMK Agama Tun Sakaran, SMK Datuk Haji Panglima Jakarullah dan SMK Datuk Panglima Abdullah. Tujuan Program ini sebagai penerangan Kerjaya Akauntan di dalam Perkhidmatan Awam & Fungsi Jabatan Akauntan Negara Malaysia dan juga pendedahan isu-isu Scammer dan Keldai Akaun oleh Bank Rakyat. Dalam program tersebut pihak JANM Tawau menyediakan kaunter bagi penyemakan Wang Tak Dituntut (WTD) dikalangan guru dan pelajar.