Kursus ini telah diadakan pada 15 -17 Oktober 2024. Seramai 62 orang peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada Pegawai Perakaunan JANM Sabah, JANM Cawangan Labuan, JANM Cawangan Sandakan dan JANM Cawangan Tawau serta Penjawat Awam dari Pusat Tanggungjawab (PTJ).
Objektif Kursus adalah:
i) Memahami dan Mematuhi Peraturan Kewangan yang sedang berkuatkuasa dalam urusan perolehan kerajaan yang diuruskan menerusi kaedah Pembelian Terus (Bekalan & Perkhidmatan) serta Tatacara Pengecualian Perolehan.
ii) Meningkatkan pengetahuan/kemahiran dan berkebolehan mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam menguruskan perolehan kerajaan.