Latihan Asas Keselamatan dan Penggunaan Alat Pemadam Api Anjuran Jawatankuasa Keselamatan dan Pekerjaan Jabatan Akauntan Negara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau ini telah diadakan pada 25 Ogos 2024 di Balai Bomba dan Penyelamat Tawau.
Para peserta telah didedahkan dengan 4 Aspek Utama Keselamatan iaitu Basic Life Support, Tatacara membentangkan Hose, Menyelamat dari Aras Tinggi dan juga Pemadaman Kebakaran menggunakan Alat Pemadam Api. Latihan yang dimulakan seawal jam 8.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari telah disertai seramai 29 orang kakitangan JANM Cawangan Tawau termasuk Pengarah JANM Tawau.
Peserta juga diberikan peluang untuk mengambil bahagian didalam semua aktiviti yang telah disediakan dan seterusnya dapat memberikan pengetahuan dan menangani situasi sekiranya berlaku kebakaran ditempat kerja mahupun didalam bangunan.