Kunjungan hormat oleh Pengarah Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Tawau (Kejururawatan) Dr. Kogilavani a/p Subermaniam dan Puan Rabia binti Pisa, Timbalan Pengarah ke JANM Cawangan Tawau pada 21.08.2024. Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk membina hubungan diplomatik dan kerjasama antara ILKKM (Kejururawatan) dan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Tawau, di samping mendapatkan pencerahan dan maklumat berkaitan urusan kerja kewangan.