Sempena dengan sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2024 dan selaras dengan tema kemerdekaan tahun ini 'Jiwa Merdeka', Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah telah menganjurkan 'Program Flag-Off KMJG Jabatan Penerangan Sabah bersama seluruh warga dan kakitangan Bangunan Gunasama Persekutuan (BGSP) Negeri Sabah'.
Seramai 18 kakitangan pejabat turut serta memeriahkan program tersebut dengan menyambut ketibaan konvoi KMJG di BGSP Tawau pada 17.08.2024.