Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Tawau telah menerima kunjungan dari pihak Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM) pada 24 dan 25 Julai 2024 bagi sesi Pelaksanaan Audit Polisi Keselamatan Siber dan Garis Panduan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (GPTMK) serta Lawatan Teknikal ke Pusat Data JANM Tawau.
BPTM yang diwakili oleh Puan Natrah binti Othman dan Puan Nor Shahida binti Saidon telah melaksanakan Taklimat Polisi Keselamatan Siber kepada warga JANM Cawangan Tawau pada 24 Julai 2024 (Rabu) dan seterusnya Pelaksanaan Pengauditan Polisi Keselamatan Siber (PKS) serta Lawatan Teknikal ke Pusat Data JANM Tawau.