Kursus Generik Zon Sabah (Tawau): iGFMAS : AP (Accounts Payable) yang dihadiri oleh 20 orang penjawat awam dari PTJ Daerah Tawau, Lahad Datu, dan Semporna. Kursus ini juga turut disertai oleh PTJ luar dari seliaan JANM Cawangan Tawau seperti daerah Kota Belud dan Wilayah Persekutuan Labuan yang telah berlangsung selama 3 hari bermula 23 Julai 2024 hingga 25 Julai 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat JANM Tawau. Objektif kursus ini adalah bagi memberi pendedahan kepada fungsi-fungsi iGFMAS berkaitan Perakaunan Bayaran. Selain itu kursus ini meningkatkan pengetahuan dan kefahaman penggunaan Modul Bayaran dalam sistem iGFMAS kepada semua peserta yang terlibat secara langsung dalam tugas perakaunan bayaran di jabatan masing-masing.