Program kolaborasi ini telah berlangsung pada tanggal 20 Julai 2024 (Sabtu) bertempat di Klinik Pergigian Tawau. Program ini di hadiri oleh warga JANM Cawangan Tawau seramai 20 orang. Antara aktiviti yang telah berjaya dilaksanakan adalah seperti Pemeriksaan dan Rawatan Pergigian, Pameran Pergigian, Ceramah Pergigian, Kuiz Pergigian dan juga Demonstrasi Memberus Gigi oleh Ikon Gigi KP Tawau.