Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Perjumpaan Pengarah Bersama Pegawai Perakaunan Lantikan JANM dibawah Seliaan JANM Cawangan Tawau telah diadakan pada 03 Mei 2024 (Jumaat) bertempat di Bilik Mesyuarat PPD Tawau. Sesi perjumpaan ini telah dihadiri oleh seramai 72 orang pegawai perakaunan lantikan JANM yang melaksanakan dan menguruskan tugas perakaunan dan kewangan di Pejabat Perakaunan dan Pusat Tanggunjawab (PTJ) di daerah Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu. Objektif perjumpaan ini diadakan adalah untuk menyampaikan amanat Akauntan Negara Malaysia berkenaan Nilai Bersama/Etika Kerja, Nilai-nilai Penjawat Awam  dan Peningkatan Kualiti Penyampaian Perkhidmatan Yang Berintegriti. Disamping itu juga memberi ruang dan peluang pegawai perakaunan membangkitkan isu-isu yang perlu dimaklumkan dan diambil tindakan oleh pihak Pengurusan JANM Cawangan Tawau. Sesi perjumpaan secara  interaktif ini juga merupakan salah satu rutin aktiviti tahunan jabatan.

DSC
DSC
DSC
DSC
DSC
DSC
DSC
DSC
DSC
DSC
DSC
DSC
DSC
DSC
DSC
DSC
DSC
DSC
DSC
DSC
DSC
DSC