Kursus Generik Zon Sabah (Tawau): iGFMAS : Akauntabiliti Pengurus PTJ yang dihadiri oleh 26 orang penjawat awam dari PTJ Daerah Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kunak. Kursus ini juga turut disertai oleh PTJ luar dari seliaan JANM Cawangan Tawau seperti daerah Kota Kinabalu yang telah berlangsung selama 3 hari bermula 23 April 2024 hingga 25 April 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat JANM Tawau. Kursus ini adalah bagi memberi pendedahan kepada pegawai terlibat secara langsung dalam menjalankan tugas akaun dan kewangan mengikut peraturan yang telah ditetapkan untuk mengamalkan dan menerapkan berkaitan dengan nilai integriti dan tanggungjawab di jabatan masing-masing.