Kursus Asas Pertolongan Cemas Dan CPR Di Tempat Kerja bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Tawau telah diadakan pada 29 April 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat JANM Cawangan Tawau. Kursus ini telah dihadiri oleh kakitangan JANM Cawangan Tawau untuk mengetahui asas pertolongan cemas seperti bantuan dan panduan CPR (cardiopulmonary resuscitation) yang perlu diberikan dan rawatan untuk sesuatu kemalangan di tempat kerja.