Kursus Integriti Penjawat Awam Bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi kakitangan JANM Cawangan Tawau telah diadakan pada 06 Februari 2024 (Selasa) secara atas talian. Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 36 orang kakitangan dan kehadiran adalah wajib bagi memperkasa integriti penjawat awam. Sesi kursus ini telah disampaikan oleh ASP Sarina Binti Sait Timbalan Ketua Jabatan (Integriti) dan Pematuhan Standard Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.