Perjumpaan Pengarah Bersama Pegawai Perakaunan Lantikan JANM dibawah Seliaan JANM Cawangan Tawau telah diadakan pada 8 November 2023 (Rabu) bertempat di Dewan Wisma Kastam, Kastam Tawau.
Sesi perjumpaan ini telah dihadiri oleh seramai 71 orang pegawai perakaunan lantikan JANM yang melaksanakan dan menguruskan tugas perakaunan dan kewangan di Pejabat Perakaunan dan Pusat Tanggunjawab (PTJ) di daerah Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu.
Objektif perjumpaan ini diadakan adalah untuk Pengarah JANM Cawangan Tawau berjumpa dengan semua pegawai perakaunan dibawah seliaan JANM Cawangan Tawau bagi memberi ruang dan peluang pegawai perakaunan membangkitkan isu-isu yang perlu dimaklumkan dan diambil tindakan oleh pihak Pengurusan JANM Cawangan Tawau. Sesi perjumpaan secara interaktif ini juga merupakan salah satu rutin aktiviti tahunan yang perlu dilaksanakan.
Semasa sesi perjumpaan ini, satu sesi perkongsian bersama Pegawai Akrab juga turut diadakan bagi memberikan motivasi dan semangat bekerjasama yang perlu diterapkan dalam diri setiap pegawai perakaunan yang disampaikan oleh Puan Edrawati binti Edris, Mantan Pegawai Akrab JANM Cawangan Tawau. Satu sesi bergambar diadakan diakhir majlis tersebut.