Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Pengarah Cawangan Encik Nizam bin Limun serta 4 Wakil Kumpulan Inovatif dan Kreatif JANM Cawangan Tawau  iaitu Encik Muhammad Aiman bin Omar, Puan Hasnita binti Saung, Encik Fuadhasan Adisuryo bin Achmad Rofiie dan Puan Norma binti Syarifuddin telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Inovasi dan Knowledge Management JANM 2023 yang telah berlangsung di Dewan Serbaguna Aras 7, JANM Putrajaya pada 26 Oktober 2023.

Majlis ini diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada pemenang yang menyertai pertandingan Inovasi JANM tahun 2023.

JANM Cawangan Tawau telah menyertai dua (2) pertandingan iaitu Konvensyen KIK JANM tahun 2023 serta Pertandingan Larian Virtual Inovasi JANM 2023.

JANM Cawangan Tawau yang diwakili oleh pasukan SONIC telah memenangi tempat pertama (1) dalam Pertandingan Larian Virtual Inovasi JANM 2023, manakala Kumpulan SUGURETA (Kumpulan KIK) JANM Cawangan Tawau telah memenangi tempat ketiga (3) dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif JANM 2023.

WhatsApp Image 2023-11-09 at 08.31.33
WhatsApp Image 2023-11-09 at 08.31.34
WhatsApp Image 2023-11-09 at 08.31.34 1
WhatsApp Image 2023-11-09 at 08.31.34 2
WhatsApp Image 2023-11-09 at 08.31.35
WhatsApp Image 2023-11-09 at 08.31.35 1
WhatsApp Image 2023-11-09 at 08.31.35 2
WhatsApp Image 2023-11-09 at 08.31.36