Program Jelajah WTD Madani Amanah Insani sempena hari bertemu pelanggan Bank Rakyat Cawangan Semporna telah berlangsung di tapak Semporna Corner Light View pada 28Oktober 2023 bermula jam 6.30 pagi sehingga 4.00 petang.
Program yang dirasmikan oleh Pegawai Daerah Semporna Tuan Alexender Liew, turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian Wang Tak Dituntut Encik Mohd Yusof bin Wahid, Pengarah Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Sabah Encik Azizi bin Mohd Aspar, Timbalan Pengarah BWTD Encik Azli bin Ali dan juga Pengarah Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Tawau Encik Nizam bin Limun.