JANM Cawangan Tawau telah mengadakan Kursus Dalaman bertajuk Integriti dan Rasuah - Tanggungjawab Penjawat Awam dan Ikrar Bebas Rasuah pada 19 Januari 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat JANM Cawangan Tawau. Sesi kursus ini disampaikan oleh Puan Susilawatie binti Sino Penolong Penguasa Kanan SPRM Daerah Tawau. Kursus ini adalah wajib dihadiri semua kakitangan JANM Cawangan Tawau bagi pendedahan dan penerapan nilai-nilai integriti dalam menjalankan tugas yang diamanatkan. Di akhir kursus ini, sesi Ikrar Bebas Rasuah telah dilaksanakan oleh Pengarah dan Warga JANM Cawangan Tawau disaksikan oleh Timbalan Ketua Cawangan SPRM Daerah Tawau encik Nordinanshah bin Kasim.