Kursus Generik Zon Sabah : iGFMAS Modul HCM (Human Capital Management) yang telah berlangsung selama 3 hari bermula 6 September 2022 hingga 8 September 2022 bertempat di Makmal Komputer Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau. Kursus ini telah dihadiri seramai 19 orang penjawat awam dari pelbagai PTJ yang terlibat secara langsung dalam pengurusan emolumen di jabatan masing - masing.