Perjumpaan Pengarah JANM Negeri Sabah, Encik Rosdi bin Abu bersama warga JANM Cawangan Tawau telah diadakan pada 27 Julai 2022 (Rabu) bermula pada pukul 10.30 pagi sehingga 11.30 pagi bertempat di bilik mesyuarat dan ruangan pejabat JANM Tawau. Majlis ini diadakan bagi membolehkan Pengarah JANM Negeri Sabah beramah mesra dan bertukar-tukar pandangan berkaitan pentadbiran dan perkhidmatan bersama Pengarah JANM Cawangan Tawau, encik Nizam bin Limun dan kakitangan yang telah dihadiri oleh semua warga JANM yang berada di pejabat pada hari tersebut.