Satu kunjungan hormat dan lawatan kerja JANM Cawangan Tawau ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau telah diadakan pada 10 Jun 2022 (Jumaat) pada pukul 8.30 pagi sehingga pukul 11.30 pagi yang diwakili oleh Pengarah, Encik Nizam bin Limun, Timbalan Pengarah Operasi, Encik Muhammad Baihaqi bin Abdul Hanan dan Ketua Unit Perakaunan Aset, Puan Farida binti Tawile. Tujuan kunjungan hormat dan lawatan kerja ini dilakukan bagi membincangkan isu-isu berkaitan perakaunan serta bertukar-tukar pandangan mengenai perkara-perkara yang berkaitan.