Bahagian Pengurusan Audit Dalam (BPAD), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah membangunkan satu sistem bersepadu untuk tujuan pengurusan pengauditan dan naziran secara atas talian yang dikenali sebagai Integrated Audit Report and Feedback Management System (iAREF). Sistem iAREF ini akan dilaksanakan sepenuhnya secara "Go Live" mulai tahun 2022 untuk digunakan oleh semua Pejabat Perakaunan (AO), Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan Pejabat Pemungut (PP).