Taklimat ringkas berkenaan Laporan Aset dan Penyesuaian Suku Tahun Kedua Tahun 2021 telah diadakan secara Video Conference pada 7 September 2021 dengan kehadiran 176 peserta daripada 90 PTJ yang telah membuat pengesahan kehadiran. Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberikan pemahaman dan penerangan berkenaan tatacara menjana laporan Aset kepada PTJ di bawah seliaan JANM Tawau.







