SENAMAN RINGAN ATAU X-BREAK 10 MINIT SEMASA WAKTU BEKERJA telah dilaksanakan di pejabat ini dan telah dikendalikan oleh Jawatankuasa Promosi. Aktiviti ini dilakukan 3 kali seminggu pada pukul 4.00 petang di ruang kerja pegawai masing-masing.
Tujuan senaman ini dilakukan sebagai langkah menjadikan pegawai aktif sihat dan produktif. Ini kerana pendedahan yang terlalu lama di hadapan komputer atau bermesyuarat sepanjang hari bole meningkatkan risiko penyakit tidak berjangkit. Oleh itu kita perlu melakukan senaman ringan atau X-Break agar tubuh badan menjadi lebih segar.
Senaman ringan bermaksud aktiviti fizikal bersesuian untuk tempoh yang pendek semasa waktu bekerja.
X-Break bermaksud aktiviti regangan ringkas di ruang kerja dan dilakukan semasa waktu bekerja.
#WORKLIFEBALANCE