Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Dimaklum bahawa, bermula 1 Januari 2027, akses ke Sistem ePayslip Mobile akan beralih sepenuhnya kepada MyDigital ID sebagai akses tunggal log masuk.  Walau bagaimanapun, bagi Sistem ePayslip Web, kaedah capaian sedia ada masih dikekalkan.  Pengguna masih boleh terus mengakses ePayslip Web sama ada melalui MyDigital ID atau menggunakan kaedah log masuk dan kata laluan sedia ada.

Pengguna hendaklah mendaftar dan mengaktifkan MyDigital ID bagi membolehkan akses kepada Sistem ePayslip Mobile.  Bagi tujuan pendaftaran dan penggunaan MyDigital ID, pengguna hendaklah merujuk ke portal rasmi MyDigital ID di pautan https://www.digital-id.my/ . Bersama-sama ini dilampirkan poster hebahan untuk makluman dan rujukan selanjutnya.

Poster Hebahan Log Masuk Tunggal ePayslip Mobile 1 JAN 2027