Dimaklumkan bahawa Garis Panduan Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK) bertarikh 13 April 2026 telah dikemas kini di Portal JANM (https://www.anm.gov.my/pekeliling/garis-panduan) dan Bahagian Khidmat Perunding (BKP) telah menerima bilangan e-mel khidmat nasihat yang agak tinggi daripada Pusat Tanggungjawab (PTJ) berkaitan pelaksanaan dan pembayaran BITK.
Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan info grafik berkaitan syarat kelayakan, kadar bayaran serta syarat pembayaran BITK untuk rujukan dan tindakan selanjutnya.




