Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan surat edaran BPOPP bilangan JANM.600-15/4/6(36) bertarikh 8 Mei 2026 adalah berkaitan.
2. Selaras dengan Strategi dan Garis Masa Pelaksanaan Second Validation yang telah diluluskan oleh pihak pengurusan JANM pada 23 April 2026, Second Validation pembayaran Kerajaan di sistem iGFMAS bagi entiti Nombor Tentera (NOTE) akan dilaksanakan secara berperingkat dalam tiga (3) fasa mengikut bank. Pelaksanaan Second Validation pembayaran Kerajaan (entiti NOTE) akan bermula dengan fasa pertama pada 1 Jun 2026 disusuli dengan tiga (3) fasa yang dijadualkan akan dilaksanakan pada tahun 2026.
3. Surat edaran ini hendaklah dibaca bersama dengan Garis Panduan Akauntan Negara Malaysia (GPANM) Bilangan 2 Tahun 2022 bertarikh 8 April 2022 yang menyatakan pengesahan tambahan iaitu Second Validation berlaku di sistem bank penerima bayaran. Pengesahan identiti penerima bayaran yang menggunakan NOTE akan dibuat berdasarkan perbandingan antara nombor akaun bank dan Nombor Tentera penerima bayaran yang terdapat di dalam iGFMAS dengan maklumat penerima bayaran di sistem bank. Justeru, PTJ hendaklah memastikan Nombor Tentera penerima bayaran yang didaftarkan di iGFMAS dan system bank adalah sama agar pembayaran dapat dikreditkan ke akaun bank penerima sebenar dan tiada penolakan Electronic Fund Transfer - EFT (rejection).
4. Pelaksanaan Second Validation pembayaran Kerajaan (entiti JPN) adalah seperti berikut :
4.1 Tarikh Pelaksanaan
Bermula pada 3 Jun 2026 (Fasa 1) mengikut bank sepertimana Jadual pelaksanaan seperti di Lampiran 1 (tertakluk kepada sebarang pindaan).
4.2 Tatacara Pengendalian Penolakan Bayaran EFT
Pengendalian penolakan bayaran melalui EFT hendaklah mematuhi Garis Panduan Tatacara Pengurusan Pindahan EFT Ditolak/Cek Terbatal di dalam Surat Pekeliling Akauntan Negara (SPANM) Tatacara Pengurusan Bayaran yang berkuatkuasa. PTJ bertanggungjawab mengambil tindakan seperti berikut :
i. Bagi penolakan disebabkan oleh pelaksanaan Second Validation ini, kemaskini maklumat Nombor Tentera hendaklah dibuat SEGERA di sistem iGFMAS (oleh PTJ) ataupun di sistem bank (oleh penerima bayaran); dan
ii. Penggantian penolakan EFT hendaklah disempurnakan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh dokumen sokongan lengkap diterima.
Bagi tujuan ini, Pejabat Perakaunan bertanggungjawab untuk memberi peringatan kepada PTJ untuk membuat penggantian EFT dengan kadar SEGERA berdasarkan dokumen yang lengkap bagi memastikan pembayaran dapat disempurnakan kepada penerima yang sebenar serta mengelakkan aduan susulan daripada pelaksanaan Second Validation ini.
5. Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/tuan/puan dalam memastikan pelaksanaan Second Validation pembayaran Kerajaan (entity NOTE) ini berjalan lancar amat dihargai.
| BIL | KETERANGAN | MUAT TURUN |
| 1 | Surat Edaran BPOPP Bil 8 Thn 2026_Pelaksanaan 2nd validation NOTE (PTJ) | |
| 2 | Surat Edaran BPOPP Bil 8 Thn 2026_Pelaksanaan 2nd validation NOTE |



