Dimaklumkan bahawa pengesahan baki bagi kod-kod akaun yang berkaitan hendaklah disediakan untuk tujuan penyediaan Kertas Kerja Sokongan Bagi Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Pra-Peralihan Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2025 (Lejar Akruan) oleh Pejabat Perakaunan. Semua PTJ di bawah seliaan JANM Cawangan Tawau hendaklah mengambil perhatian ke atas perkara seperti berikut:
- Menyediakan Pengesahan Baki bagi kod akaun yang berkaitan seperti di Lampiran 1.
- Memastikan Pengesahan Baki yang perlu dikemukakan kepada JANM Cawangan Tawau adalah lengkap dan sempurna selewat-lewatnya pada 27 Februari 2026 (Jumaat). PTJ perlulah menghantar 3 set lampiran ASAL bagi setiap lampiran yang berkaitan beserta surat iringan.
- Pengesahan Baki yang disediakan hendaklah mematuhi format yang telah ditetapkan (berasingan mengikut PTJ dipertanggung) serta disahkan dan ditandatangani oleh Ketua Jabatan.
| Bil | Keterangan | Muat Turun |
| 1 | SURAT PEMAKLUMAN PENYEDIAAN LAPORAN KKS AKHIR TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2025 |



