Makluman Edaran Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 5 Tahun 2025 – Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2025 berkuat kuasa mulai 21 Oktober 2025. Penetapan tarikh pembayaran emolumen bagi tahun 2026 adalah berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 yang berkuat kuasa. Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama SPANM Tatacara Pengurusan Bayaran Emolumen Pegawai Awam Persekutuan yang berkuat kuasa.
SPANM Bilangan 5 Tahun 2025 ini bertujuan untuk memberi garis panduan kepada Kementerian/Jabatan berkaitan tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2026 dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh Kementerian/Jabatan bagi memastikan tatacara pengurusan bayaran emolumen dapat dilaksanakan dengan tepat, betul dan emolumen dibayar mengikut tarikh yang ditetapkan.
| Bil | Keterangan | Muat Turun |
| 1 | SPANM Bil 5 Tahun 2025 - Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2026 |



