Dimaklumkan bahawa Penyelenggaraan Laporan Perbezaan Baki Aset bagi tempoh sukuan kedua (2) tahun 2025 hendaklah disediakan di peringkat Pusat Tanggungjawab (PTJ). Semua PTJ di bawah seliaan JANM Cawangan Tawau hendaklah mengambil perhatian ke atas perkara seperti berikut:
1. Berdasarkan ketetapan SPANM Bilangan 3 Tahun 2022, penyelenggaraan laporan perakaunan aset bukan kewangan hendaklah disediakan di peringkat Pusat Tanggungjawab (PTJ), JANM Negeri/Cawangan dan Bahagian Akaun (BA). Bersama-sama ini disertakan Jadual Aktiviti Penyelenggaraan Laporan Perakaunan Aset Bukan Kewangan Bagi Sukuan Kedua (2) Tahun 2025 untuk tindakan pihak YBhg.Datuk/tuan/puan selanjutnya.
2. Semua tindakan pelarasan dan pembetulan yang dikenalpasti pada verifikasi sukuan Pertama (1) hendaklah diselesaikan dengan segera agar tidak berulang pada verifikasi sukuan akan datang.
3. Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini boleh menghubungi Unit Perakaunan Aset (UPA) JANM Caw. Tawau di talian 089-775620. Kerjasama dan perhatian YBhg.Datuk/tuan/puan berhubung perkara di atas amatlah dihargai.
Bil | Keterangan | Muat turun |
1 | Surat Penghantaran Laporan Perbezaan Baki Aset Suku Kedua Tahun 2025 Surat Pemakluman PTJ | Klik sini |
2 | Surat Penghantaran Laporan Perbezaan Baki Aset Suku Pertama_Tahun 2025 | Klik sini |