Berdasarkan ketetapan SPANM Bilangan 3 Tahun 2022, Tatacara Perakaunan Aset Bukan Kewangan Kerajaan (Lampiran C1) telah menetapkan tanggungjawab Bahagian Akaun Kementerian dan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri/Cawangan untuk memantau dan memastikan Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah kawalan masing-masing melaksanakan tindakan penyelesaian, pembetulan dan pelarasan Aset Dalam Pembinaan (AUC) setelah Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) diterima. Selain itu, Pejabat Perakaunan juga bertanggungjawab memastikan PTJ merekodkan bayaran projek di Lejar Kontrak dengan tepat bersamaan dengan kos yang diperakaunkan di iGFMAS termasuk pelarasan Aset Belum Bayar (ABB-AUC) dan mengemaskini Templat Pemantauan AUC secara bulanan. Justeru, Templat Pemantauan Aset Dalam Pembinaan (AUC) Bil.1 Tahun 2025 hendaklah disediakan di peringkat Pusat Tanggungjawab (PTJ). Semua PTJ di bawah seliaan JANM Cawangan Tawau hendaklah mengambil perhatian ke atas tarikh akhir yang ditetapkan tersebut bagi memastikan Pemantauan AUC dapat dipantau mengikut tempoh yang ditetapkan.