Keterangan:
Dimaklumkan bahawa Penyelenggaraan Laporan Perbezaan Baki Aset bagi tempoh sukuan keempat (4) tahun 2024 hendaklah disediakan di peringkat Pusat Tanggungjawab (PTJ). Semua PTJ di bawah seliaan JANM Cawangan Tawau hendaklah mengambil perhatian ke atas perkara seperti berikut:
a) Terdapat perubahan pada Template Verifikasi Aset bagi Sukuan Keempat (4). Perubahan tersebut melibatkan penambahan data pada beberapa kolum. Sila rujuk Template Verifikasi Aset dan Tatacara Penyelenggaraan Laporan Perakaunan Aset Bukan Kewangan yang dilampirkan bersama.
(b) Jana Laporan Baki Aset (LBA) berakhir pada 31 Disember 2024 mulai 13 Januari 2025 melalui portal iGFMAS. (Modul : Perakaunan Aset – Laporan – Laporan Baki Aset).
(c) Memastikan Laporan Perbezaan Baki Aset bagi tempoh sukuan keempat (4) tahun 2024 telah lengkap ditandatangani oleh Penyedia, Penyemak dan Ketua Jabatan.
(d) Laporan Perbezaan Baki Aset bagi tempoh sukuan keempat (4) tahun 2024 hendaklah dikemukakan kepada JANM Cawangan Tawau dalam keadaan lengkap dan sempurna selewat-lewatnya pada 14 Februari 2025 (Jumaat). PTJ juga hendaklah mengemukakan 4 Set lampiran ASAL bagi Lampiran B3-C-A1 sahaja berserta surat iringan bagi penyediaan dokumen KKS akhir tahun.
Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini boleh menghubungi Unit Perakaunan Aset (UPA) JANM Caw. Tawau di talian 089-775620. Kerjasama dan perhatian YBhg.Datuk/tuan/puan berhubung perkara di atas amatlah dihargai.
Bil | Keterangan | Muat turun |
1 | Surat Pemakluman PTJ | Klik sini |
2 | Tatacara Penyelenggaraan Laporan Aset Bukan Kewangan dan Dokumen Sokongan (kemaskini Dis 2024) | Klik sini |
3 | 2Templat Verifikasi Aset (TVA) - UPDATED Baharu Disember 2024 | Klik sini |