Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Selaras dengan Strategi dan Garis Masa Pelaksanaan Second Validation yang telah diluluskan oleh pihak pengurusan JANM pada 4 Julai 2024 iaitu setelah mengambil kira proses pemurnian data yang telah dilaksanakan oleh Pejabat Perakaunan dan Pusat Tanggungjawab (PTJ) serta pengujian integrasi sistem dengan pihak Bank Utama, Second Validation pembayaran Kerajaan di sistem iGFMAS bagi Nombor Kad Pengenalan di bawah entiti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan dilaksanakan secara berperingkat dalam enam (6) fasa mengikut bank dan Pejabat Perakaunan.

Surat edaran ini hendaklah dibaca bersama dengan Garis Panduan Akauntan Negara Malaysia (GPANM) Bilangan 2 Tahun 2022 bertarikh 8 April 2022 yang menyatakan pengesahan tambahan iaitu Second Validation berlaku di sistem bank penerima bayaran. Pengesahan identiti penerima bayaran akan dibuat berdasarkan kepada nombor akaun bank dan Nombor Kad Pengenalan penerima bayaran yang terdapat di dalam iGFMAS berbanding dengan sistem bank. Justeru, PTJ hendaklah memastikan Nombor Kad Pengenalan penerima bayaran yang terdapat di iGFMAS dan sistem bank adalah sama agar pembayaran dapat dikreditkan ke akaun bank penerima sebenar dan tiada penolakan Electronic Fund Transfer - EFT (rejection).

 

 No Keterangan   Lampiran
 1  SURAT EDARAN PEMAKLUMAN SECOND VALIDATION AP Muat Turun