Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Dimaklumkan bahawa Sijil Pengesahan Baki Panjar Wang Runcit (PWR) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 hendaklah disediakan oleh semua Pemegang Panjar. Semua Pemegang Panjar Wang Runcit di bawah seliaan JANM Cawangan Tawau hendaklah mengambil perhatian ke atas perkara seperti berikut:

  • Menjana Laporan Sijil Pengesahan Baki Panjar Wang Runcit berakhir 31 Disember 2023 melalui portal iGFMAS. (Modul : Panjar – Laporan – Sijil Perakuan Panjar).
  • Memastikan Sijil Pengesahan Baki Panjar Wang Runcit yang dijana telah lengkap ditandatangani oleh Penyedia dan Ketua Jabatan berserta cop Jabatan.
  • Sijil Pengesahan Baki Panjar Wang Runcit hendaklah dikemukakan kepada JANM Cawangan Tawau dalam keadaan lengkap dan sempurna selewat-lewatnya pada 5 Januari 2024 (JUMAAT). PTJ hendaklah menghantar 4 set lampiran ASAL berserta surat iringan.

Sebarang pertanyaan berkaitan penyediaan Sijil Pengesahan Baki Panjar Wang Runcit boleh berhubung terus dengan Unit Akaun di talian 089 – 775620. Perhatian dan kerjasama tuan/puan untuk mematuhi panduan yang ditetapkan amatlah dihargai.

1. PEMAKLUMAN PENGHANTARAN SIJIL PENGESAHAN BAKI PANJAR WANG RUNCIT (PWR) BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023