Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Selaras dengan Garis Panduan Jabatan Akauntan Negara Malaysia Bilangan 3 Tahun 2023 - Pelaksanaan Semakan Tambahan (Second Validation) Bagi Pembayaran Kerajaan bertarikh 4 April 2023, fasa pemurnian data telah dilaksanakan secara beperingkat oleh Pejabat Perakaunan bagi beberapa nombor pendaftaran entiti iaitu Employee (EMP), Nombor Tentera (NOTE), Payee Non Supplier (PANS), eBantuan, eCOURT dan INSIST.

Bagi pemurnian data selanjutnya adalah melibatkan Maklumat Data Induk Pelanggan di Modul Account Receivable (AR). Maklumat Data Induk Pelanggan merupakan data yang diwujudkan oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ) bagi tujuan pengeluaran invois / resit deposit atau bagi menyelenggara Pelanggan berulang. Pelaksanaan Second Validation turut melibatkan Maklumat Data Induk Pelanggan Modul AR bagi Bayaran Balik Deposit kepada pelanggan yang menggunakan nombor pendaftaran entiti seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), NOTE, Other Dalam Negeri (ODN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Persekutuan (PER), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). PTJ perlu memberikan pengesahan task force ini selewat-lewatnya pada 23 Oktober 2023 (Isnin).

Dilampirkan dokumen yang berkaitan:

1. Lampiran 1 TATACARA PENYELENGGARAAN MAKLUMAT DATA INDUK PELANGGAN DI MODUL AR

2. MANUAL PENGGUNA AR - MODUL AKAUN TERIMAAN

3. SURAT