Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

KETUA PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ)
PUSAT PEMBAYAR
TAWAU, KUNAK, SEMPORNA DAN LAHAD DATU

 

Tuan/Puan,

MANUAL PROSEDUR KERJA iGFMAS MODUL AUTHORIZATION (WUJUD ID PENGGUNA BAHARU PENYEDIA GAJI)

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.      Untuk makluman pihak tuan/puan, Unit Authorization, Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah mengeluarkan Manual Prosedur iGFMAS Modul Authorization berkenaan Permohonan ID Pengguna Baharu Penyedia Gaji (MPK AUTH-30).

3.      Oleh itu, pihak tuan/puan diminta membuat permohonan ID Pengguna iGFMAS (HCM) berpandukan Jadual Cadangan Peranan seperti yang dinyatakan pada MPK AUTH-30. Selain itu, permohonan ID Pengguna iGFMAS (HCM) hendaklah disertakan dengan dokumen berikut:-

  • Borang Kew.290E-01 - Pin.1/18 (Kemaskini 8/12/2021)
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Jadual Penetapan Kuasa dan Tugas Pegawai Pengawal Kepada Pegawai Perakaunan di Bawah Kawalannya  (AP 11)

4.         Bersama ini dilampirkan Manual Prosedur Kerja iGFMAS Modul Authorization (AUTH) di bawah tajuk Wujud ID Pengguna Baharu Penyedia Gaji. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh berhubung dengan Unit Teknikal di talian 089 775620 atau emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

5.         Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan berhubung perkra ini amat dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

 No Keterangan   Lampiran
 1  Surat Edaran Manual Prosedur Kerja iGFMAS Modul Authorization (Wujud ID Pengguna Baharu Penyedia Gaji Muat Turun