Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Untuk makluman, berdasarkan kepada Manual Prosedur Kerja iGFMAS Modul Authorization (AUTH) di bawah tajuk Housekeeping ID Pengguna Yang Tidak Aktif (MPK AUTH-09),pihak Authorization BPTM akan sentiasa melaksanakan Housekeeping ID Pengguna yang tidak aktif di Sistem iGFMAS pada setiap minggu mengikut ketetapan pada MPK tersebut. Proses housekeeping ini dilaksanakan bagi memastikan sistem iGFMAS hanya menyimpan profil pengguna yang aktif sahaja.

Sehubungan itu, tuan/puan diminta untuk sentiasa log masuk ke dalam Sistem iGFMAS dengan lebih kerap bagi mengelakkan ID Pengguna tuan/puan dihapuskan daripada sistem. Bersama ini dilampirkan Surat Rasmi Jabatan serta Lampiran A berkenaan MPK AUTH-09 (Housekeeping ID Pengguna Yang Tidak Aktif).

Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, sila hubungi Unit Teknikal di talian 089-775620 atau emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan ke atas perkara ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

JANM Tawau

 

 No Keterangan  Lampiran 
Surat Semakan Senarai Pengguna dan Capaian di Dalam iGFMAS  Muat Turun