Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Perhatian kepada semua PTJ,

Dimaklumkan Pihak JANM Tawau akan mula menguatkuasakan penggunaan LAMPIRAN A10: LAPORAN CAPAIAN PENGGUNA DAN HAD KUASA PUSAT TANGGUNGJAWAB dan LAMPIRAN A11: BORANG PENGESAHAN CAPAIAN PENGGUNA DAN HAD KUASA MEMPERAKU. LAMPIRAN A10 adalah Senarai Capaian Pengguna dan Had Kuasa Pusat Tanggungjawab dan LAMPIRAN A11 digunakan bagi mengesahkan permohonan capaian pengguna sama ada tepat ataupun berbeza.

Pihak JANM Tawau akan memuatnaik LAMPIRAN A10 dan LAMPIRAN A11 ke dalam incident tuan / puan dan tuan / puan diminta untuk menyemak LAMPIRAN A10, mencetak LAMPIRAN A11 dan melengkapkan BAHAGIAN II (LAMPIRAN A11) setelah menyemak senarai capaian yang telah diberikan dan seterusnya memuatnaik semula LAMPIRAN A11 ke dalam incident yang sama.

Bagi Incident bermula 1 Mac 2019 yang gagal mengemukakan semula LAMPIRAN A11, pejabat ini akan mengeluarkan surat peringatan kepada PTJ pada hari ketiga selepas pejabat ini memuat naik Lampiran tersebut.

Berikut dilampirkan contoh LAMPIRAN A10 dan LAMPIRAN A11 sebagai rujukan tuan / puan.

LAMPIRAN A10

LAMPIRAN A11

Sekian.